Jumaat, November 13, 2009

Sneak Peek

New from ResipiEmak!!! Door Gift & Souvenier packaging for Wedding, Formal Function and lots more. Nice and sweet (puji sendiri plak...kiki!). Nantikan offer pakej yang disediakan sempena musim cuti sekolah yang bakal tiba. Tungguuuuu...











Khamis, November 12, 2009

Kos Penghantaran @ Delivery


Penghantaran Percuma:
Kawasan Taman Perling, Jusco Bukit Indah & Nusa Bestari.

RM10.00 - kawasan Pulai, Skudai, Johor Bahru, Tampoi, Gelang Patah.
RM30.00 - kawasan Pasir Gudang, Kulai, Johor Jaya.

Singapore:
- penghantaran boleh diuruskan. Kos bergantung pada jarak, tarikh, waktu & kuantiti tempahan.
- atau boleh 'pick up' @ City Square.

Pos Laju - kawasan luar Johor Bahru, Semenanjung, Sabah, Sarawak & Brunei. Kos bergantung pada kuantiti @ berat tempahan.

Sabtu, Oktober 24, 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Haji


Salam Sejahtera kepada semua pengunjung ResipiEmak.

Tentunya ramai yang sibuk berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat handai meraikan bulan Syawal yang masih segar terasa sehingga pertengahan bulan Oktober. Malahan sehingga ke saat ini ada juga yang masih mengadakan rumah terbuka bagi menyambut sahabat handai walaupun Syawal telah berlalu.

Bagi kami di ResipiEmak, di samping sibuk berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat handai, aktiviti harian juga sudah mula sibuk selepas seminggu berhari raya. Melayan tempahan pelanggan untuk rumah terbuka dan ada juga pelanggan berbangsa India yang membuat tempahan untuk perayaan Diwali. Tidak lupa pelanggan-pelanggan yang bakal mengadakan majlis perkahwinan sempena musim cuti persekolahan pada bulan Disember nanti, sudah mula membuat tempahan cookies untuk dijadikan 'door gifts' dan hantaran perkahwinan.

Kami di ResipiEmak juga akan mengadakan promosi bagi pakej majlis perkahwinan bersempena musim cuti sekolah yang bakal bermula. Inilah peluang keemasan kepada pelanggan-pelanggan yang sedang sibuk mencari idea untuk dijadikan door gifts atau cenderahati utk tetamu. Oleh itu, nantikan promosi kami dan anda pasti berpuas hati dgn pakej yang ditawarkan.

Akhir sekali, kami di ResipiEmak ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada umat Islam yang telah pun mula berangkat ke Tanah Suci Mekah bermula 20 Oktober 2009 untuk menunaikan rukun Islam kelima. Doa kami, semoga para jemaah selamat pergi dan pulang ke pangkuan keluarga.

Selasa, Oktober 06, 2009

Projek Raya: Hamilton

Salam buat semua pengunjung Resipi Emak.

Setelah lebih 2 minggu berhari raya dan menghadiri open house sana sini, kami kembali memulakan bisnes seperti biasa. Kali ini giat berpromosi dan melayan tempahan ejen juga pelanggan untuk Open House Raya, majlis perkahwinan (ramai juga org yg buat majlis kahwin pada bulan Syawal), Deepavali dan Krismas.

Sedikit update, selain daripada tempahan pelanggan perseorangan dan Combo Sets Raya, kami juga telah menyiapkan tempahan sebanyak 13500 keping cookies daripada Hamilton, Singapura.
Cookies² ini diisi di dalam bekas lutsinar dan dihiasi selotep berwarna emas beserta ucapan 'Selamat Hari Raya' khas untuk diedarkan kepada para pekerja syarikat Hamilton di Singapura.
Terima kasih kepada pihak pengurusan Hamilton yang telah membuat tempahan dan memilih cookies 'Oat & Almond' utk pakej ini.

Produk ini juga sesuai dijadikan cenderahati atau door gift semasa majlis perkahwinan dan open house. Boleh ditambah perhiasan seperti riben dan bunga mengikut kesesuaian sekiranya bertujuan utk dihadiahkan kepada golongan VIP. Kepada yang berminat utk membuat tempahan, boleh hubungi 017 751 4363 (Farhana) atau hantarkan email ke resipiemak@gmail.com.



Ahad, September 20, 2009

Salam Aidilfitri

Salam kepada semua pengunjung blog Resipi Emak.

Hari ini umat Islam merayakan hari lebaran. Kami di Resipi Emak mengucapkan salam aidilfitri kepada anda semua. Di sini juga kami ingin memohon maaf sekiranya ada tersilap bahasa atau tersalah kata.

Diharap anda semua berbahagia merayakan aidilfitri di samping orang tersayang. Kami juga harap customer kami enjoy kuih-kuih raya yang dibeli daripada kami.

Mudah-mudahan kami dapat meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti pada hari raya akan datang. Insya Allah.

Salam lebaran dari kami. Resipi Emak, Johor Bahru, September 2009.

Gambar ihsan soleh.net.